Wednesday 22 April 2015

Mesti rakyat Malaysia tak puas hati, kata Rafizi

Rafizi Ramli

PETALING JAYA - Kerajaan perlu menjelaskan berhubung pengecualian cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas pelancong asing yang datang ke negara ini.

Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli mendakwa, pengecualian itu tidak adil kepada rakyat kerana seluruh masyarakat di negara ini dibebankan dengan cukai tersebut.

"Saya pasti masih ramai (masyarakat) tidak tahu bahawa pelancong asing yang berbelanja di negara ini dikecualikan cukai GST.

"Jika hal ini diketengahkan, pasti ramai yang tidak puas hati kerana seluruh rakyat di negara ini perlu bayar cukai GST," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Bercakap mengenai pengecualian tersebut, jelas Rafizi, pengecualian tersebut yang dinamakan sebagai Skim Pembayaran Semula GST untuk Pelancong (Tourist Refund Scheme) dilaksanakan bagi pelancong yang berbelanja di negara ini.

Menurut Rafizi, pelancong yang berbelanja di negara ini perlu mengisi borang untuk menuntut kembali GST yang dibayar.

"Apabila mereka hendak meninggalkan Malaysia, mereka akan serahkan borang ini dan GST akan dipulangkan kepada mereka oleh kerajaan.

"Tindakan ini sudah tentu akan menimbulkan rasa tidak senang rakyat kerana seluruh masyarakat sedang terbeban dengan pelaksanaan cukai ini. Ini tidak adil kepada rakyat," katanya lagi.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment