Wednesday, 22 April 2015

15 jenama kereta umum turun harga


PELAKSANAAN cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April lalu berjaya menyumbang kepada keputusan baik yang dibuat syarikat pembuat automotif tempatan.

Harga 15 jenama kenderaan telah dikurangkan dan ini membuktikan GST bukanlah menjadi beban kepada rakyat mahupun syarikat pembuatan automatif.

Didapati kenaikan kos operasi di pelbagai peringkat pembuatan akan menaikkan nilai GST ke atas alat ganti dan akan menyebabkan kenaikan harga kenderaan di pasaran.

Namun, jika GST dilaksanakan secara telus, setiap vendor perlu membuat penambahbaikan secara berterusan pada operasi kilang pengurangan kos operasi yang dilihat sangat penting.

Ini secara tidak langsung akan membuka lebih banyak peluang ke pasaran bersama Komuniti Ekonomi Asean (AEC).

Pengurangan yang diumumkan baru-baru berkaitan harga kenderaan di seluruh negara adalah disebabkan pemain industri automotif faham dengan jelas mengenai sistem GST.

Keuntungan daripada pengurangan cukai keranaGST daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada rejim lama, antara satu peratus dan tiga peratus atau antara RM2,000 dan RM14,000 dengan nilai wang, kini kembali kepada pembeli kereta baru dalam bentuk pengurangan harga jualan kenderaan.

GST ini juga menjadikan Malaysia antara 160 daripada 194 buah negara yang melaksanakan sistem cukai sebegini.

Walaupun ada negara yang mengubah sistem cukai mereka, tetapi 34 negara masih kekal pada sistem cukai masing-masing biarpun secara perlahan menerima pakai GST ini.

Sungguhpun, pelbagai dakwaan yang dilempar terhadap sistem percukaian baharu ini, tetapi GST sudah boleh diterima oleh negaranegara anggota Asean.

Dengan kadar peratusan yang berbeza-beza di setiap negara, tetapi GST semakin diterima baik memandangkan ia dibuat demi pembangunan ekonomi dan pengurusan negara ke arah lebih baik.

Negara anggota Asean pertama yang melaksanakan GST adalah Indonesia pada kadar 10 peratus pada 1984. Diikuti Thailand yang juga bermula pada kadar 10 peratus tetapi diturunkan kepada tujuh peratus selepas dikaji semula.

Singapura pula yang mula melaksanakan GST pada 1993 pada kadar tiga peratus sahaja tetapi ia telah dinaikkan kepada tujuh peratus selepas disemak semula.

Begitu juga dengan beberapa negara rantau Asean seperti Filipina yang melaksanakan GST pada 1998 pada kadar 10 peratus diikuti negara Kemboja dan Vietnam kemudian Laos pada 2009.

Perlu difahami, pelaksanaan GST adalah sebagai cara memudahkan AEC dalam inisiatif integrasi dalam mencapai visi rakyat dengan pergerakan bebas barangan dan perkhidmatan.

Selain itu, GST juga akan meningkatkan daya saing eksport negara sebagai sistem yang mengiktiraf barangan untuk eksport adalah berkadar sifar di mana pengeksport cukai input yang ditanggung masing-masing adalah
yang dapat dibangunkan kembali.

Barang-barang import sebaliknya dikenakan duti import manakala cukai jualan digantikan dengan GST.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment