Wednesday 22 April 2015

Dua beradik bersanding atas traktor

Perarakan dua pasangan pengantin menggunakan traktor sambil diiringi rombongan keluarga pengantin.

GUNUNG SEMANGGOL - Impian seorang pemandu traktor melangsungkan persandingan di atas jentera berat itu sejak 10 tahun lalu terlaksana dalam satu majis perkahwinan di Kampung Parit 5, Tebuk Matau, di sini, kelmarin.

Lebih manis, adik perempuan Mohd Azshadiq Mohd Nazri, 26, iaitu Suzaris Sophia Mohd Nazri, 24, dan pasangannya, Azrol Azrin Abu Hassan, 27, turut bersanding sama di atas jentera berat berkenaan.

Mohd Azshadiq berkata, dia sememangnya berazam untuk mengabadikan kenangan indah saat bersanding di atas traktor bersama insan tercinta, Nurul Izzati Saini, 26.

Menurutnya, hasrat itu pernah diluahkan kepada majikan, Misri Mijan atau dikenali Ahmad Kapal dan rakan-rakan sekerja yang lain, namun dia tidak menyangka mereka menjadikan impian itu satu kenyataan pada hari paling bersejarah dalam hidupnya.

“Saya terharu dan berterima kasih kepada majikan dan rakan-rakan yang bersusah-payah menyiapkan pelamin khas dalam tempoh dua hari sahaja,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment