Wednesday 22 April 2015

Fast & Furious 7 ungguli carta pecah panggung

FILEM Fast & Furious 7 terus mencatat kutipan pecah panggung di Amerika Utara yang mencecah RM4.4 bilion untuk tempoh tayangan tiga minggu berturut-turut.

Filem Fast & Furious 7 terus mencatat kutipan pecah panggung di Amerika Utara yang mencecah RM4.4 bilion untuk tempoh tayangan tiga minggu berturut-turut.

Ia juga sedang meluncur laju bagi mencatat lebih banyak rekod di serata dunia dan juga menjuarai carta pecah panggung antarabangsa serta juara box office di setiap negara yang menayangkannya, termasuk di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan China.

Fast & Furious 7 mencatat kutipan kira-kira RM533.5 juta pada minggu pembukaan tayangannya di Amerika Syarikat. 

Kutipan berkenaan adalah rekod tertinggi bagi minggu pembukaan francais Fast and Furious yang mula mendominasi carta sejak filem pertama ditayangkan pada tahun 2001. 

Filem terbitan Universal itu menjadi penampilan terakhir Paul Walker yang maut dalam kemalangan tragik pada November 2013 dikatakan antara pendorong utama penonton memenuhi pawagam.

Ia turut dibintangi Vin Diesel, Dwayne The Rock Johnson selain bintang lasak terkenal, Jason Statham dan pelakon aksi terkemuka Thailand, Tony Jaa, turut menghangatkan lagi filem berkenaan.

Tangga kedua diraih filem komedi slapstik, Paul Blart: Mall Cop 2 lakonan Kevin James dengan kutipan kira-kira RM865 juta. 

Ia diikuti filem seram media sosial, Unfriended dengan kutipan kira-kira RM574 juta. Seterusnya filem animasi Home berada di posisi keempat dengan kutipan kira-kira RM385 juta. 

Home menggunakan alih suara selebriti popular seperti Rihanna dan Jennifer Lopez.

Filem lain yang berada dalam carta top 10 ialah Get Hard, Woman In Gold, Monkey Kingdom, Insurgent dan Cinderella. 

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment