Saturday, 7 March 2015

4 lelaki protes masalah jalan jadi viral di Facebook

Abdul Halim (depan, kiri) bersama tiga lagi penduduk membawa kain rentang di sepanjang jalan dari lampu isyarat Kota Kubang Labu-bulatan Pasir Pekan sebagai tanda protes terhadap masalah jalan yang tidak diturap dengan sempurna.

TUMPAT - Sebagai tanda protes terhadap masalah jalan di Kampung Kota Kubang Labu di sini, empat penduduknya sanggup berjalan kaki hampir satu kilometer membawa kain rentang, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Gelagat mereka membawa kain rentang bertulis ‘kami mahu jalan ini dinaik taraf, lampu dan divider dibaiki segera!' dan 'protes…kami pengguna jalan raya mahu jalan ini dibina baru..boo la dok tapong-tapong nyo' itu menjadi viral di Facebook.

Seorang daripada mereka, Abdul Halim Abdul Rahman, 56, berkata, walaupun bantahan itu hanya disertai empat penduduk kampung, tetapi yang penting mesej itu sampai kepada pihak berkenaan.

“Saya bersama tiga lagi berjalan bermula di lampu isyarat Kota Kubang Labu sehingga ke bulatan Pasir Pekan bawa kain rentang ini,” katanya.

Menurutnya, dia sebagai penduduk yang prihatin mahu masalah jalan di sini diselesaikan dengan menurap baharu dan bukannya sekadar menampal jalan yang berlubang.

“Cukup ah dok tapongnya (tampal) jalan berlubang, kena turap baharu dah jalan ini,” katanya.

Katanya, jalan utama itu sudah lama tidak dibaiki sehingga mengundang ketidakselesaan kepada pengguna yang berulang-alik dari Tumpat-Kota Bharu.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment