Tuesday 13 January 2015

Tony Fernandes utus emel menyentuh hati

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, hari ini telah mengutus satu emel peribadi kepada pelanggannya. Senarai penerima emel itu dipercayai diambil daripada pangkalan data syarikat penerbangan tambang murah tersebut.

Antara lain, kandungannya menyentuh tentang perkongsian rasa dukacita, penghargaan kepada pihak yang memberi sokongan dan mengajak semua pihak berdoa untuk mangsa nahas pesawat QZ8501.

Berikut adalah kandungan emel tersebut:


“Beberapa minggu kebelakangan ini menjadi minggu-minggu yang paling sukar dalam hidup saya sejak memulakan operasi AirAsia 13 tahun lalu.

Saya mahu menyampaikan rasa terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan kepada pihak kami. Semua mesej rasa peduli dan kata-kata semangat daripada anda benar-benar memberi kekuatan kepada kami agar menjadi lebih baik. Kami akan terus menyampaikan perkembangan terkini sepanjang proses siasatan.

Usahlah bimbang, kami komited untuk menilai semula dan menambah baik produk serta perkhidmatan kami. Kami lebih fokus untuk memberikan anda semua yang terbaik.

Walaupun dalam masa-masa yang paling sukar, kami akan terus menjadi yang terbaik di dunia dan lebih baik untuk anda.

Bersama keseluruhan 17,000 AirAsia Allstars, kami meminta anda menyertai kami untuk mendoakan keluarga dan orang yang dikasihi mereka yang berada dalam pesawat QZ8501.”

Emel yang ditandatangan oleh Tony itu turut disertakan hashtag #togetherwestand.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment