Tuesday, 13 January 2015

Komet Lovejoy akan melintasi Bumi

  • Komet Lovejoy

SHAH ALAM - Masyarakat di negara ini berpeluang menyaksikan sendiri Komet C/2014 Q2 Lovejoy yang kini dilaporkan berada di kedudukan paling dekat dengan bumi.

Menerusi kenyataan Observatori Negara Langkawi, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), jarak Komet C/2014 Q2 Lovejoy atau dikenali sebagai Komet Lovejoy ini hanya kira-kira 70 juta kilometer jauhnya dari Bumi dan akan dapat dilihat sehingga hujung Januari tahun ini.

“Komet ini telah memberikan beberapa imej terbaik dan terang kepada ahli-ahli astronomi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Komet Lovejoy cukup terang dan jelas dilangit untuk dicerap sekalipun dengan mata kasar di kawasan yang bebas dari pencemaran cahaya,” katanya.

Menurutnya lagi, boleh dilihat dari mana-mana sahaja tempat di Malaysia dan Hemisfera Utara pada masa ini.

“Kali terakhir komet ini merentasi Sistem Suria adalah kira-kira 11,500 tahun yang lalu dan ia dijangka tidak akan kembali lagi untuk tempoh sekurang-kurang 8000 tahun lagi,” katanya lagi.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a comment