Tuesday 13 January 2015

Lisa Surihani, Aaron Aziz kembali dengan Suamiku, Encik Perfect 10!

Beberapa tahun lalu mereka pernah muncul dalam filem Ombak Rindu yang turut mencipta fenomena, kini bermula 22 Januari ini, Lisa Surihani dan Aaron Aziz bersatu kembali untuk filem Suamiku, Encik Perfect 10.

Filem terbitan Astro Shaw dan Global Station itu Lisa membawakan watak isteri bernama Aleeya Azmeen dan Aaron pula memegang peranan Zarief Danial menerusi adaptasi novel nukilan Syamnuriezmil yang dicetak pada 0gos 2012.

Filem arahan Feroz Kadir ini turut dibintangi Raja Ilya, Jehan Miskin, Syazwan Zulkifly, Jasmin Hamid dan Normah Damanhuri. Pratonton filem ini akan diadakan Selasa ini di Pavilion. Latar filem ini bermula di lapangan terbang .

Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial.

Lakonan selama seminggu demi menyelamatkan Aleeya untuk berdepan dengan ibunya.

Tapi siapa sangka lakonan itu memutikkan perasaan lain pula di antara mereka. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata dan kadang kala membuatkan masing-masing keliru.

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasih Aleeya pula cuba menagih semula cintanya.

Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Pada masa yang sama muncul seorang model bernama Azura Hanim yang juga tunangan Zarief.

Azura menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Azura yang selama ini gemar mengelak dari berbicara mengenai perkahwinan tiba-tiba sahaja meminta untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka.

Zarief akhirnya mengambil keputusan drastik dengan memutuskan pertunangannya bersama Azura demi cintanya terhadap Aleeya. Aleeya menjadi keliru tetapi mengakui Zarief mempunyai ciri-ciri lelaki 'perfect 10' yang diidam selama ini. 

Namun, Aleeya perlu memilih di antara tanggungjawabnya terhadap Syed Muzaffar ataupun cintanya pada Zarief.

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang diharapkan selama ini?









- Sumber: Berita Harian 

No comments:

Post a Comment