Tuesday 13 January 2015

Ronaldo menang anugerah Ballon D'or buat kali ketiga


Pemain antarabangsa Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo mempertahankan gelaran Ballon D'or buat kali kedua berturut-turut.


Ia merupakan kali ketiga Ronaldo memenangi Ballon D'or selepas sekali lagi menewaskan seteru utamanya Lionel Messi tahun ini.

Ronaldo merupakan nadi utama Real Madrid menjulang kejuaraan Liga Juara-juara Eropah (UCL) yang kesepuluh tahun lepas selain menjaringkan 61 gol dalam semua kejohanan pada 2014.

Ronaldo turut mencipta rekod baru dalam UCL dengan menjaringkan 17 gol dan membantu Real memenangi Kejohanan Kelab Dunia dan Piala Raja Sepanyol tahun lepas.

Bagaimanapun kecederaan menghampakan Ronaldo semasa Piala Dunia 2014 di Brazil yang menyaksikan pasukannya terkandas di peringkat kumpulan.

Bekas pemain Manchester United itu mendapat 37.66% undian daripada 181 jurulatih kebangsaan, 182 ketua pasukan antarabangsa dan 181 wakil media yang mengundi tahun ini.

Pemain Argentina dan Barcelona, Messi mendapat tempat kedua dengan 15.76% undian sementara penjaga gol Jerman dan Bayern Munich, Manuel Neuer ketiga dengan 15.72%.

Anugerah lain menyaksikan Joachim Loew dipilih selaku jurulatih terbaik sementara pemain wanita Jerman, Nadine Kessler meraih anugerah pemain terbaik wanita.



Tumpuan lain dalam majlis penganugerahan semalam ialah penghargaan terhadap wartawan Jepun, Hiroshi Kagawa, 90 tahun yang memenangi Anugerah Presiden FIFA. Selain itu, pasukan sukarelawan kejohanan FIFA 2014 diberikan anugerah FIFA Fair Play.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment