Thursday 22 January 2015

Sebar klip video penyanyi, reaksi rakan artis #BantahTindakanPolisKpdZamani

Pengguna media sosial hari ini mengecam tindakan merakam serta menyebar video seorang penyanyi yang menyanyi dalam keadaan tangannya bergari.

Rakan selebriti turut menyuarakan reaksi mereka melalui #BantahTindakanPolisKpdZamani.

Komposer dan bekas anggota kumpulan V.E, Damian Mikhail menyuarakan harapan agar penyanyi itu dibantu jika benar dia didapati menagih dadah.

Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil menyelar tindakan merakam dan menyebarkan video itu dan menganggap ia sebagai satu unsur buli.

Manakala pengarah dan penerbit filem Tengku Iesta berpendapat tindakan perakam video tersebut sebagai zalim dan tidak bertanggungjawab.

Dalam perkembangan terkini, pihak polis telah mengenal pasti pegawai yang terlibat dan bertanggungjawab merakam serta menyebar klip video berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat dalam satu kenyataan menyebut bahawa siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteruskan bagi mengenal pasti pegawai dan anggota lain yang turut terlibat dalam menyebarkan video tersebut.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment