Thursday 22 January 2015

Infografik: Apa itu Listeriosis?

Pada 18 Januari lalu, Kementerian Kesihatan telah menyita sebanyak 19,960 biji epal jenis Gala dan Granny Smith bernilai RM82,000 di Kuching dan Sibu, Sarawak.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata epal keluaran syarikat Bidart Brothers, dari Bakersfield, Amerika Syarikat itu dikhuatiri dicemari bakteria "Listeria monocytegenes."

Kementerian Kesihatan juga mengarahkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian itu untuk membuat pemeriksaan dan mengambil sampel semua buah epal yang diimport bagi menjalani ujian mengesan bakteria Listeriosis.

Berikut adalah infografik yang menjelaskan tentang apa itu bakteria Listeriosis, punca, sistem dan kesannya.




- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment