Thursday 22 January 2015

Chef Wan masuk hospital

Keadaan Chef Wan yang dimasukan ke hospital akibat jangkitan paru-paru. - Foto Facebook Serina Redzuawan 


CHEF selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Perkara tersebut dikongsi oleh anaknya yang juga pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan menerusi akaun Facebooknya.

Dalam statusnya, Serina berharap agar peminat dan keluarga mendoakan kesihatan ayahnya itu

"Papa, semoga cepat sembuh, Rina (Serina) dan cucu doakan papa cepat sihat, sedih tidak dapat melawat kerana doktor tidak benarkan.. Sebab papa kena berehat tak boleh ada tetamu, kepada keluarga dan peminat, doakan kesihatan papa."

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment