Thursday 22 January 2015

Mayat terbakar di Lumut sama dengan kes hilang

IPOH - Polis mengesahkan identiti mayat yang ditemukan terbakar di kawasan hutan berdekatan Swiss Garden Resort dekat Lumut, Jumaat lepas, merupakan seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Seberang Perai Tengah, Pualau Pinang, pada 13 Januari lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Law Yong Chow, 43.

"Pengesahan ini dibuat berdasarkan persamaan pergigian si mati dengan rekod rawatan pergigian Law. Mayat telah dituntut oleh keluarga mangsa tengah hari tadi di Hospital Manjung," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment