Thursday 22 January 2015

Afdlin kesal penyanyi ‘bergari’ diminta menyanyi


PENGARAH dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki melahirkan kekesalan atas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang merakam dan menyebarkan video vokalis terkenal diminta menyanyi ketika ditahan, baru-baru ini.

Afdlin menyifatkan tindakan tersebut menjijikkan malah beliau hampa dengan akhlak individu yang membuat rakaman tersebut.

“Assalammualaikum. Pagi ni saya dapat video seorang penyanyi dalam keadaan bergari dan disuruh menyanyi dalam tahanan. 

"Mula-mula sekali saya nak berkongsi betapa hampanya saya yang akhlak kita di zaman ini sudah merosot ke tahap yg sangat menyedihkan.

“Saya rasa sangat jijik dengan perangai orang yang mengaibkan beliau dengan merakamkan atau menyuruhnya menyanyi sambil mengambil video,” katanya dalam kemas kini status Facebooknya, hari ini.

Sehubungan itu, Afdlin menggesa agar tindakan dikenakan serta-merta kepada pelaku berkenaan.

“Saya ada hormat yang paling tinggi untuk pihak polis yang banyak membantu menjaga keamanan negara selama ini.

“Tapi kalau ada anggota PDRM yang berperangai sampai begini saya minta dia diambil tindakan dan dihentikan serta-merta.

“Walaupun artis berkenaa telah ditahan, ingat-ingatlah kita ada agama yang menghalang kita daripada melakukan sebegini sesama manusia,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman mikro Twitternya pagi tadi memberitahu pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang merakam serta memuat naik video tersebut.

Video berdurasi satu minit 23 saat itu menjadi viral serta mendapat kecaman pelbagai pihak sebaik ia tersebar menerusi laman sosial seperti blog dan Facebook.

Rabu lepas, penyanyi berusia 43 tahun itu ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun dan positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira jam 12.30 pagi.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment