Sunday 18 January 2015

Nurul selamat lahirkan bayi lelaki

Nurul Wahab bersama suami Eric Daniel Depp.

KUALA LUMPUR: Penyanyi, pelakon dan pengacara Nurul Wahab selamat melahirkan anak kedua hasil perkahwinannya dengan Eric Daniel Depp.

Bayi lelaki yang diberi gelaran Baby R dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, jam 4.43 petang semalam.

Baby R seberat 2.48 kilogram dilahirkan secara pembedahan.

Penyanyi lagu Kerana Terluka itu memuat naik berita gembira itu lewat tengah malam tadi di laman Instagram miliknya selain sempat menghebahkan perkara berkenaan di blog beliau di www.nurulwahabdepp.wordpress.com.

"Keadaan saya dan anak kedua okey. Cuma bayi dilahirkan tak cukup bulan maka dia dipantau dan diletakkan di dalam inkubator. Saya dinasihatkan berehat dan dilarang menerima pelawat lagi buat masa ini," katanya.

Selain Nurul, bulan ini turut menyaksikan ramai artis tanah air menyambut kelahiran anak antaranya Sharifah Aleya, Ayu Damit dan Black Hanifah.

Anak pertama Nurul bernama Zachary Depp.

- Sumber: Berita Harian | Jumaat, 16 Januari 2015

No comments:

Post a Comment