Sunday 18 January 2015

Kes kanak-kanak dikurung bapa akan disiasat

Mangsa ditempatkan di wad kanak kanak Hospital Seberang Jaya.

JOHOR BAHRU - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menyiasat kes kanak-kanak perempuan yang dikurung dan didera di Butterworth, Pulau Pinang.

Timbalan Menterinya, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, siasatan dilakukan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Kanak-kanak itu kini berada di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Kita (kementerian) akan mendapatkan laporan dari JKM Pulau Pinang dan sekiranya mahkamah keluarkan perintah, kanak-kanak itu akan ditempatkan di rumah penjagaan JKM," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis Hari Keluarga Pusat Dalam Komuniti (PDK) Dun Johor Jaya, di sini, hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (Juita), Datin Seri Rosni Omar.

Kanak-kanak berkenaan yang merupakan murid Tahun Satu ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan di sebuah rumah di Sungai Dua yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

Susulan itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai bapa mangsa bagi membantu siasatan. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment