Sunday, 18 January 2015

Lagak samseng: Rasa kuat bila mabuk

  • Anggota polis membuat pemeriksaan terhadap pemandu yang berada bawah pengaruh alkohol dalam kejadian pagi tadi.
  • Anggota polis membuat pemeriksaan terhadap pemandu yang berada bawah pengaruh alkohol dalam kejadian pagi tadi.

GEORGETOWN - Lagak samseng seorang lelaki berusia 20-an membawa padah apabila ditahan polis selepas gagal memberi kerjasama ketika diperiksa dalam sekatan jalan raya di Jalan Pengkalan Weld di sini awal, pagi tadi.

Mungkin merasakan dirinya kuat dan kebal dengan undang-undang, lelaki berkenaan berani mengugut polis agar tidak mengambil tindakan terhadapnya.

Namun selepas pemeriksaan mendapati lelaki itu memandu bawah pengaruh alkohol.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, lelaki berkenaan yang memandu kereta jenis Perodua Myvi bersama seorang lagi rakannya gagal memberi kerjasama yang baik dan bersikap biadap dengan anggota polis yang bertugas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, anggotanya menegur perbuatan lelaki berkenaan yang memandu dalam keadaan mabuk serta berbahaya namun dia mengeluarkan kata-kata kesat dan cuba mengugut anggota agar tidak mengambil tindakan.

Beliau berkata, hasil ujian alkohol mendapatinya dalam keadaan mabuk dan ujian pengesahan alkohol turut mencatatkan peratusan yang tinggi.

"Lelaki berkenaan pada mulanya bertindak agresif sehingga polis terpaksa menahannya.

"Namun selepas dimaklumkan akan dibawa ke balai polis, dia berubah sikap dan merayu agar dilepaskan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pemandu itu ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu bawah pengaruh alkohol.

Mior Farid berkata, dalam operasi cegah jenayah yang dilakukan malam semalam mengeluarkan 50 saman atas pelbagai kesalahan trafik termasuk tiada lesen memandu,cukai tamat tempoh dan tidak memakai tali pinggang keledar.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment