Sunday 24 August 2014

Dua lagi jenazah mangsa nahas MH17 tiba Ahad

Pada 22 Ogos, rakyat Malaysia bersatu berkabung menyambut kepulangan 20 jenazah pertama nahas pesawat MH17

KUALA LUMPUR: Pesawat komersial Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH19 yang membawa dua lagi jenazah rakyat Malaysia mangsa nahas MH17 berlepas jam 12.50 tengah hari Sabtu waktu tempatan (6.50 petang waktu Malaysia).

Pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Belanda itu tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.43 pagi Ahad waktu Malaysia.

Sementara itu, pada satu sidang akhbar pada Sabtu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata ketibaan jenazah Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar dan Mendiang Ng Shi Ing akan disambut dengan satu istiadat tanda penghormatan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama dif-dif terhormat dan keluarga mangsa akan hadir untuk menerima ketibaan kedua-dua rakyat Malaysia ke pangkuan keluarga tersayang, kata Liow.

Liow turut menyeru orang ramai agar bersama-sama menyambut kepulangan dua lagi mangsa tragedi ini.

Pada Jumaat, 20 jenazah pertama mangsa nahas pesawat kepunyaan MAS itu telah selamat tiba dan disemadikan di tanah air. - Astro Awani 

No comments:

Post a Comment