Monday 29 December 2014

Objek kelihatan bukan daripada pesawat AirAsia QZ8501, kata Jusuf Kalla

Objek kelihatan bukan daripada pesawat AirAsia QZ8501, kata Jusuf Kalla

JAKARTA: Objek yang kelihatan sewaktu operasi pencarian pesawat AirAsia bukan daripada pesawat tersebut, kata Naib Presiden Jusuf Kalla pada Isnin, susulan laporan penemuan objek oleh pesawat Australia.

"Ia telah pun diperiksa dan tiada bukti yang ditemui untuk mengesahkan laporan tersebut," kata Jusuf Kalla dalam satu sidang media di lapangan terbang Surabaya.

Kalla berkata terdapat sebanyak 15 kapal dan 30 pesawat di lokasi pencarian.

"Ia bukan satu operasi di lautan yang mudah, terutamanya dalam keadaan cuaca yang buruk," katanya.

Kata jurucakap Tentera Udara Indonesia, Hadi Tjahjanto kepada AFP, fokus pencarian ditumpukan kepada kesan tumpahan minyak yang ditemui di Pulau Belitung.

"Kami sedang mendapatkan pengesahan yang kesan tersebut adalah daripada pesawat AirAsia atau pun kapal dagang yang melalui kawasan tersebut," katanya.

Misi pencarian pesawat AirAsia QZ8501 digerakkan oleh pasukan Indonesia dengan dibantu oleh Australia, Singapura dan Malaysia. 

- Sumber: Agensi

No comments:

Post a Comment