Monday 29 December 2014

Whatsapp palsu mula viral, Pengarah nafi kematian di Hospital Kuala Krai

Media sosial terus dijadikan platform untuk pengguna menyebarkan khabar berita palsu terutamanya tentang kesan banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia kini.

Terbaru adalah perkongsian whatsapp yang mula viral sejak beberapa hari lalu.

Pada sebaran whatsapp berkenaan, 40 mayat dikatakan bergelimpangan di Hospital Kuala Krai kesan daripada banjir dan juga akibat kekangan peralatan di hospital berkenaan.


Hari ini melalui temubual bersama Astro Awani ke hosital berkenaan, Pengarah Hospital Kuala Krai, Dr Nik Mohd Faizal Zainal Abidin menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang tersebar luas melalui whatsapp itu.

"Saya ingin membuat penafian dalam media sosial yang mengatakan bahawa ada 40 mayat yang bergelimpangan di Kuala Krai akibat kekurangan oksigen & kekangan peralatan hospital. Saya ingin membuat penafian bahawa setakat hari ke-6, tiada satu kematian pun di Hospital Kuala Krai!", tegas Dr Nik Mohd Faizal Zainal Abidin.


Dr Nik turut meyakinkan orang ramai bahawa hospital berkenaan tidak terjejas dan tidak ditenggelami air seperti yang disebarkan pada whatsapp palsu. Beliau berharap agar pengguna media sosial termasuk platform whatsapp agar berhenti menyebarkan maklumat palsu dan cuba dapatkan maklumat sahih melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment