Tuesday 30 December 2014

Terlepas penerbangan AirAsia QZ8501 kerana tidak membaca emel


JAKARTA - INDONESIA. Ari Putro, seorang penduduk di Surabaya bahawa beliau dan sembilan ahli keluarganya terlepas penerbangan AirAsia QZ8501 kerana tidak membaca emel.

Menurut Ari, beliau dan ahli keluarga lain sampai di lapangan terbang pada jam 5.30 pagi kerana waktu pesawat berlepas yang asal adalah pada jam 7.30 pagi.

"Saya tidak membaca emel yang menyatakan terdapat perubahan waktu pelepasan pesawat," kata Ari dipetik oleh kompas.com.

Beliau membuat keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan walaupun diberi peluang untuk naik penerbangan seterusnya kerana pihak pengurusan memberitahu bahawa mereka terputus hubungan dengan penerbangan QZ8501.

"Saya dan keluarga akhirnya membuat keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan," katanya lagi.

QZ8501 yang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di timur Jawa pada 5.35 pagi waktu Indonesia pada Ahad dan dijangka tiba di Singapura pada 8.30 pagi hari yang sama.

Menara kawalan terputus hubungan dengan QZ8501 pada 7.24 pagi waktu Indonesia.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment