Saturday 13 December 2014

Monitor 5K Dell kini di Malaysia - RM6399

Dell pada bulan September yang lepas telah mengumumkan monitor terbaru mereka, yang mana membawakan skrin bersaiz 27-inci, dan merupakan monitor pertama yang hadir dengan resolusi 5K (5120×2880 pixel).

Dengan tambahan lebih 11 juta pixel, ia membawakan paparan gambar yang lebih tajam, dan sesuai untuk mereka yang terlibat dalam arena multimedia.


Monitor 5K daripada Dell ini turut menyertakan fungsi dinamakan PremierColor yang membawakan kejituan warna sehingga 99% untuk AdobeRGB dan 100% untuk sRGB. Disamping itu, pihak Dell turut melengkapkan dua speaker pada monitor ini daripada Harman Kardon yang menawarkan kualiti audio yang baik.

Di Malaysia, Dell menawarkan monitor ini pada harga RM6399, dan boleh digunakan bersama-sama komputer Windows dan Mac tanpa masalah. Bagi anda yang terlibat dalam arena penyuntingan video atau gambar, mungkin boleh mendapatkan monitor yang boleh digunakan dalam mod menegak atau melintang ini. 

Seperti biasa, anda perlu pastikan kad grafik anda boleh menyokong resolusi 5K ini sebelum membeli monitor ini.

- Sumber: Amanz

No comments:

Post a Comment