Saturday, 13 December 2014

Leher tertusuk penyepit makanan

WUHAN - CHINA. Malang tidak berbau apabila seorang budak lelaki berusia 12 tahun tercucuk penyepit makanan pada lehernya ketika sedang menikmati mi sambil berjalan.

Insiden itu berlaku selepas dia dilanggar skuter elektrik bapa rakannya, ketika dia mahu pulang ke kelas lapor Mirror.

Jun Chia bernasib baik apabila pemeriksaan di hospital menunjukkan kedudukan penyepit itu tidak mengakibatkan kerosakan pada sebarang organ dalaman.

“Kami lakukan imbasan CT dan mendapati penyepit itu tidak mengenai trakea, esofagus atau pembuluh darah utamanya.

“Budak lelaki itu memang bernasib baik dan kami juga berjaya melakukan pembedahan untuk mengeluarkan penyepit itu," kata Pegawai Perubatan, Zhou Jen.

- Sumber: Mirror 

No comments:

Post a Comment