Sepasukan pegawai DBKL tiba di tapak 'Occupy UM8' dan mengarahkan pelajar menurunkan sepanduk di sekitar lokasi.
KUALA LUMPUR: Sepasukan pegawai DBKL tiba di tapak 'Occupy UM8' yang terletak di hadapan pintu masuk UM kira-kira jam 7 petang semalam.
Mereka tiba dengan sebuah van dan kereta pacuan empat roda dan menanti arahan pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.
Penolong Inspektor Zon Induk Selatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Md Yazid Abu Zarin, berkata mereka diarahkan untuk menurunkan sepanduk di sekitar tapak 'Occupy UM8'.
Jane Tai (kanan) daripada Firma Guaman Bon Advocates cuba mendapatkan penjelasan pihak DBKL jika mereka mempunyai kuasa untuk menurunkan sepanduk. -Semua gambar oleh Astro AWANI/ MARIAH AHMAD
"Tindakan ini dilakukan selepas mendapat beberapa laporan polis daripada orang awam sejak semalam.
"Tapi buat setakat ini, kami menunggu arahan daripada pihak atasan," kata beliau.
Kejadian berlaku selepas Datin Paduka Marina Mahathir dan bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Saifuddin Abdullah membuat lawatan di sekitar 'Occupy UM8' kira-kira jam 6:30 petang tadi.
Datin Paduka Marina Mahathir (tengah) bersama Datuk Saifuddin (kanan) melawat kawasan 'Occupy UM8'
Mereka hadir bersama selepas menghadiri forum "Human Rights Day: Freedom of Expression" yang dianjurkan Persatuan Undang-Undang UM di Auditorium Tun Mohamad Sufian, Fakulti Undang-Undang UM.
Marina dan Saifuddin hadir sebagai panel forum tersebut bersama pensyarah undang-undang UM, Prof Madya Dr Azmi Sharom.
Sebelum itu, pemimpin muda DAP, Dyana Sofya Mohd Daud turut hadir memberi sokongan kepada mahasiswa yang berada di tapak 'Occupy UM8 ' kira-kira jam 3 petang tadi.
Dyana Sofya (dua dari kiri) turut hadir memberi sokongan kepada mahasiswa
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment