Saturday, 13 December 2014

Cabaran fotografi ‘Lembar Cantik’ dalam air






Basah! Itu mahuan Editor Kecantikan sama Makeup Maestro, Khir Khalid dalam menyudahkan Lembar Cantik Disember ini yang bertemakan percutian. Khir sentiasa punya perancangan dan mahuan yang melangit tinggi, namun cabaran itu tidak pernah dijawab sambil lewa.



“Khir mahu lembar ini cukup segar dan fashion forward, tiada salah bersolek cantik dan glamor kala berpergian, lupakan rasa malas itu.” Di bawah arahan dan lensa Michael Yeoh, lembar ini disudahkan dalam kolam air yang dicipta khas oleh team fotografi.




Bukan di pulau mahupun kolam renang hotel, cuma di dalam studio ya! Limpahan koleksi alat solek terbaru jadi mainan Khir, sama mata berkabut kundang, kulit berkilat, bibir beroles gincu, kening digaris kemas dan maskara pelengkap sang rupawan. Nah, Kronika Akua jadi inspirasi percutian kali ini!

FOTO Michael Yeoh @Image Rom
ARAHAN SENI Bei
PENATA GAYA Afi za Kamarulzaman
SOLEKAN Khir Khalid
MODEL Daria G @Base Models

- Sumber: Astro Publication 

No comments:

Post a Comment