Monday 17 November 2014

Streaming muzik secara percuma


U Mobile dengan fokus sebagai syarikat mudah-alih memfokuskan kepada sokongan perkhidmatan data, telah menyediakan beberapa tawaran menarik dan harga langganan yang agak rendah.

Kini, selepas memperkenalkan penstriman percuma untuk YouTube, mereka turut memperluaskan sokongan untuk penstriman muzik percuma.

Melalui penstriman muzik percuma berkenaan, pengguna ditawarkan data tanpa had untuk mendengar lagu daripada aplikasi KKBox, Era FM, Hitz FM dan juga My FM. Aplikasi radio dan KKBox tersebut sedia disediakan untuk pengguna Android dan juga iOS.

Perkhidmatan ini akan dikenakan caj sebanyak RM3 sebulan, dan membolehkan pengguna mendengar lagu dan radio tanpa had menggunakannya. Sebagai promosi pengenalan, pihak U Mobile menawarkan perkhidmatan ini secara percuma untuk pelanggan prabayar dan pascabayar yang melanggan pelan data dari hari ini sehingga 15 Mei 2015.

Selepas tempoh itu, pengguna perlu membuat langganan untuk terus mendengarnya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment