Monday 17 November 2014

MH17: Detik sejurus pesawat terhempas dirakam kamera

KUALA LUMPUR: Sebuah video amatur didakwa memaparkan imej mengejutkan sejurus nahas MH17 kini muncul di internet.

Klip video berdurasi dua minit yang dimuat naik ke YouTube pada Ahad oleh agensi berita Russia Today menggambarkannya sebagai rakaman terawal sejurus nahas berlaku.

Penduduk yang jelas terkejut dengan tragedi itu kedengaran menjerit dan berteriak, manakala yang lain berlari ke arah lokasi nahas dengan baldi air dalam usaha memadamkan api yang marak.


Pada Julai, sebuah video berdurasi 54 saat, didakwa memaparkan letupan besar akibat impak pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine, muncul di internet.


- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment