Monday 17 November 2014

Bungkusan berisi anggota badan

BANGKOK - THAILAND. Pihak berkuasa Thailand menemui beberapa bahagian tubuh badan bayi dalam sebuah bungkusan untuk dihantar ke Amerika Syarikat, menurut pegawai polis, semalam.

Menurut Bangkok Post, kepala, kaki dan kepingan kulit bayi ditemui kelmarin selepas kakitangan sebuah syarikat penghantaran mel di ibu negara mengimbas bungkusan sebelum didakwa dihantar ke Las Vegas.

Chawalit Prasopsin memberitahu, bahagian tubuh badan yang ditemui bukan dalam bentuk seorang bayi lengkap, tetapi hanya bahagian kecil yang telah dikerat.

"Ia telah dihantar untuk pemeriksaan forensik bagi menentukan sama ada bayi meninggal dunia di dalam rahim atau selepas dilahirkan,"katanya.

Difahamkan, bahagian tubuh badan itu ditemui dalam bekas mengandungi bahan kimia formaldehid yang dipercayai digunakan untuk tujuan pendidikan.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment