Monday 17 November 2014

Rooney puji kualiti Welbeck

Welbeck (tengah) diraikan bersama Rooney selepas meledak gol kedua Three Lions.

KAPTEN England, Wayne Rooney memuji Danny Welbeck selepas gandingan mereka membenam Slovenia 3-1 pada aksi Kumpulan E Kelayakan Euro 2016 di Wembley, pada Sabtu lalu.

Pada pertemuan itu, Rooney yang membuat penampilan ke-100 untuk Three Lions memecah kebuntuan menerusi sepakan penalti m-59 sebelum Welbeck meledak dua gol m-66 dan m-72.

Begitu pun, England terlebih dahulu dikejutkan jaringan sendiri pemain Liverpool, Jordan Henderson m-58.

Menurut Rooney, dia meyakini kemampuan Welbeck walaupun pengurus Manchester United, Louis van Gaal menilai rakannya itu tidak berada pada tahap terbaik seperti Robin van Persie dan Radamel Falcao sebelum dijual ke Arsenal.

"Saya rasa tidak. Dia patut menerima pujian. Dia tidak perlu membuktikan sesuatu kepada sesiapa.

“Lebih banyak beraksi maka skil akan bertambah. Dia menjaringkan gol untuk England, untuk Arsenal. Welbeck wajar diberi kredit kerana dia seorang pemain bola sepak yang hebat," katanya.

Dalam pada itu, Rooney teruja kerana namanya sebaris Peter Shilton, David Beckham, Steven Gerrard, Bobby Moore, Ashley Cole, Bobby Charlton, Frank Lampard dan Billy Wright selepas permainan berakhir.

"Malam ini, amat bermakna kepada saya. Saya menerima pencapaian terbaik kerana bermain 100 kali untuk England dan berharap dapat melakukan lebih banyak lagi," katanya.

No comments:

Post a Comment