Tuesday, 18 November 2014

KWSP tawar aplikasi 'EPF i-Akaun' kepada pengguna iOS


KWSP tawar aplikasi 'EPF I-Akaun' kepada pengguna iOS

KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memuat turun segala maklumat mengenai caruman mereka menerusi 'EPF i-Akaun' secara dalam talian dengan menggunakan Apple App Store.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi) KWSP, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias berkata menerusi aplikasi itu, pengguna Apple iOS versi 7 dan ke atas boleh mengekses maklumat KWSP mereka.

Beliau berkata aplikasi tersebut juga membolehkan ahli melihat profil mereka dan mendapatkan berita terkini mengenai KWSP selain boleh mengira anggaran caruman tahunan mereka.

"KWSP amat gembira kerana aplikasi ini menawarkan ahli kemudahan yang fleksible dan adalah penting untuk ahli memantau simpanan mereka dengan kuantum simpanan asas yang ditentukan mengikut umur," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Katanya pencarum yang ingin mendaftar i-Akaun boleh berbuat demikian di cawangan KWSP, kios atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000, untuk mendapatkan kod pengaktifan.

Sebarang maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman sesawang myEPF atau menghantar pertanyaan secara dalam talian melalui http://enquiry.kwsp.gov.my 

- Sumber: Bernama 

No comments:

Post a Comment