Tuesday 18 November 2014

Kejadian tanah runtuh di KM 4.2 Genting Highlands pagi tadi

Kejadian itu berlaku pada kira-kira 1.10 pagi tadi. - Sumber Facebook MGKS JIB

KUALA LUMPUR: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku awal pagi tadi di kilometer 4.2 menuju ke Genting Highlands.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengesahkan kejadian berkata insiden itu berlaku pada kira-kira 1.10 pagi tadi.

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau berkata kejadian itu bagaimana tidak menjejas lalu lintas kerana hanya separuh laluan menaiki kawasan tanah runtuh ditutup.

“Terdapat dua runtuhan yang berlaku ketika itu dan lebar runtuhan adalah kira-kira 20 meter. Kerja pembersihan jalan kini sedang giat dijalankan oleh pihak Genting Highlands,” katanya.

Sebuah kereta polis bantuan Genting Highlands yang sedang melalui kawasan terbabit turut terselamat dalam kejadian itu.

Kejadian berlaku hanya beberapa minggu selepas tragedi banjir lumpur di Lembah Bertam yang meragut lima nyawa. 

- Sumber: Astro Awani, 18 November 2014

No comments:

Post a Comment