Tuesday 18 November 2014

Kempen jualan kereta Chevrolet dilanjutlan


Naza Quest sudah melanjutkan tempoh untuk kempen jualan akhir tahun mereka yang sebelum ini dijadualkan untuk tamat pada 16 November. Jadi sekarang, anda masih boleh lagi dapatkan model-model seperti trak Colorado, MPV Orlando, atau sedan-sedan Cruze dan Malibu serba baru dengan pakej yang menarik.

Sebagai contoh, Cruze boleh dibeli dengan harga RM103,888, Malibu RM153,888 dan SUV Captiva dengan harga RM158,888. Sewaktu tempoh promosi yang dilanjutkan ini, semua pembelian, termasuk untuk model Sonic akan datang dengan pakej servis percuma untuk 3 tahun (atau 60,000km, yang mana tiba dahulu) termasuk untuk alat ganti, pelincir dan kos tenaga kerja.

Kempen jualan akhir tahun Chevrolet dilanjutkan sehingga 31 Disember 2014.

No comments:

Post a Comment