Wednesday 17 September 2014

Harimau Muda baham Laos


PEMAIN Malaysia meraikan gol kapten pasukan Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak yang menanduk masuk gol pertama Malaysia.


INCHEON: Skuad bola sepak bawah 23 tahun mengutip tiga mata penuh hari ini selepas menewaskan Laos 4-0 pada perlawanan kedua kumpulan A yang berlangsung di Stadium Ansan Wa di sini hari ini.

Anak buah Datuk Ong Kim Swee dilihat menguasai permainan pada minit awal perlawanan dan kesemua pemain Laos berkampung dalam kawasan mereka bagi menutup peluang Malaysia menjaringkan gol.

Namun Malaysia dihadiahi sepakan percuma yang disempurnakan Mohammad Fandi Othman sebelum ditanduk masuk pemain pertahanan Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak pada minit ke-12 untuk gol pertama Malaysia.

Selepas jaringan itu, Laos mula mengatur gerakan dan melakukan beberapa percubaan ke arah gawang Malaysia namun berjaya dipatahkan barisan pertahanan.

Laos hampir menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-35 menerusi gerakan solo Vilayout Sayyabounsou namun berjaya ditepis keluar penjaga gol Mohd Farhan Abu Bakar.

--Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment