Wednesday 17 September 2014

Lorong pejalan kaki bagi 'zombie telefon bimbit' diwujudkan di China

Dua laluan pejalan kaki diasingkan.

Satu bagi golongan yang bergantung kepada telefon bimbit manakala satu lagi laluan bagi golongan yang tidak menggunakan telefon bimbit.

Jangan terkejut kerana ini yang berlaku di Bandar Chongqing, China.

Dua laluan itu diasingkan dengan garisan putih yang bertulis "telefon bimbit - berjalan di lorong ini atas risiko anda sendiri" dan satu lagi lorong "tidak menggunakan telefon bimbit”.


Menurut jurucakap syarikat yang mengendalikan kawasan tersebut, terdapat ramai warga emas dan kanak-kanak yang bersiar di jalan berkenaan dan berjalan menggunakan telefon boleh menyebabkan perlanggaran.

Walau bagaimanapun, masih ada individu yang berdegil tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Isu keselamatan di China semakin membimbangkan lebih-lebih lagi apabila "zombie telefon pintar" kini kian bertambah.

China merupakan negara pengeluar telefon pintar yang terbesar di dunia dengan pengeluaran 700 juta peranti pada tahun lepas sahaja.

-- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment