Wednesday 17 September 2014

Lisdawati impi jadi 'budak nakal'

Lisdawati

SETIAP pelakon pasti saja mengimpikan watak yang diingininya. Begitu jugalah dialami aktres Lisdawati atau mesra disapa sebagai Lisda.

Isteri kepada aktor Fauzi Nawawi ini mengakui, dia sangat mengimpikan untuk memegang watak seorang wanita nakal, namun sehingga kini, hasrat itu belum kesampaian.

"Menjadi wanita atau budak nakal sememangnya karakter impian yang saya inginkan sejak bergelar pelakon lebih sedekad lalu. Tetapi sehingga kini saya masih tidak berpeluang memainkan peranan tersebut.

"Mungkin kerana pengarah atau produser tidak percaya saya mampu menjayakannya," katanya kepada Zass.

Begitu pun, Lisda menganggap perkara itu adalah asam garam yang harus ditempuhi dalam industri hiburan negara.

"Sebagai pelakon apatah lagi umur yang semakin meningkat, pastinya watak yang ditawarkan agak terhad.

"Biarlah watak yang ditawarkan bersesuaian dengan status saya sebagi isteri dan ibu.

"Saya percaya watak seperti itu boleh menjadi watak utama dalam sesebuah drama. Tapi ramai takut hendak memberi watak itu kepada saya. Mungkin jarak umur hanya berbeza beberapa tahun menyebabkan saya tidak layak watak seperti itu.

"Saya sudah bersedia lantaran umur pula sudah 35 tahun dan kini sudah punya tujuh anak (termasuk anak tiri)," katanya.

Dalam perkembangan lain, Lisda kini sudah bersedia untuk berlakon semula setelah berehat sementara kerana melahirkan anak ketiganya, Ahmad Nur Fyrdaus, sejak tiga bulan lalu.

"Saya sudah bersedia untuk berlakon semula dan kini sedang menunggu tawaran berlakon yang sesuai.

Bakal jadi duta?

Lisda memberitahu, sejak kelahiran Ahmad Nur Fyrdaus, rezekinya semakin murah sementelahan dia kini giat mempromosikan produk terbaharu keluaran HR Heritage Spa Sdn Bhd iaitu IbuSuri.

"Saya mencuba tiga produknya iaitu GoChoc dan GoMilk yang berasaskan minuman susu kambing dan Set Berpantang IbuSuri.

"Setelah mengamalkannya sejak sarat hamil lalu, saya sangat berpuas hati dengan kesannya dan saya kini menjadi testimoni bagi produk mereka," katanya.

-- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment