Thursday, 18 September 2014

Simptom Ebola sama seprti denggi

PUTRAJAYA: Simptom jangkitan virus Ebola (EVD) sama seperti penghidap demam denggi di Malaysia namun memiliki ciri tambahan iaitu risiko sentuhan dengan pesakit EVD atau berkunjung ke negara terjejas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata simptom yang mempunyai persamaan itu ialah demam, sakit otot, sakit kepala, sakit tekak, sakit perut, muntah, cirit-birit, ruam dan kelesuan.

"Di Malaysia, mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit seperti EVD juga merupakan suspek kes demam denggi, jadi untuk mengaitkan pesakit ini dengan EVD mereka perlu ada ciri-ciri tambahan iaitu ada sentuhan dengan pesakit terbabit, atau menetap dan melancong ke negara penyakit ini sedang aktif," katanya.

Bagaimanapun, wabak EVD mungkin berlaku jika seseorang itu baru pulang dalam masa 21 hari dari negara seperti Guinea, Liberia, Sierra Leone serta Nigeria dan mengalami simptom berkenaan.

Dr Subramaniam berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penghargaan kepada Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Malaysia di Hilversum, Belanda bagi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di kementeriannya di sini hari ini.

-- Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a comment