Tuesday, 26 August 2014

Terkini: Abdul Khalid letak jawatan MB Selangor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggalkan pekarangan Istana Bukit Kayangan, Shah Alam selepas mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggalkan pekarangan Istana Bukit Kayangan, Shah Alam selepas mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyembah maklum untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan penerimaan peletakan jawatan oleh Abdul Khalid sementara pelantikan menteri besar yang baharu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi satu kenyataan dari pihak istana memaklumkan, penangguhan penerimaan peletakan jawatan Abdul Khalid itu bagi memastikan pentadbiran kerajaan Selangor berjalan lancar dan teratur.

"Sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perkara L1, Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (@) (a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli Yang Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan Menteri Besar bagi Kerajaan Negeri Selangor yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri," ujarnya.

Baginda Sultan Selangor juga katanya menitahkan Pakatan Rakyat mencalonkan lebih daripada dua nama bagi menggantikan Abdul Khalid. 

"Sehubungan dengan itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan agar setiap pemimpin Pas, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi memudahkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk menentukan calon yang berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai menteri besar....."

--Sumber: Sinar Harian, 26 Ogos 2014

No comments:

Post a comment