Tuesday 26 August 2014

Noryn Aziz selamat lahirkan bayi lelaki

Noryn bersyukur dengan kelahiran bayi sulungnya. -Gambar fail

Penyanyi jazz Noryn Aziz selamat lahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur semalam.

Bayi lelaki seberat 3.13kg dilahirkan secara normal pada jam 4.25 petang Isnin.

Menerusi satu kiriman WhatsApp daripada pengurusnya, Noryn berkata beliau sangat gembira dan bersyukur di atas kelahiran bayi sulungnya.

Pada awal bulan Ogos, penyanyi berkenaan dilanda trauma dengan kejadian rompakan membabitkan empat lelaki berparang.

Kejadian berkenaan terjadi di hadapan kediamannya di Damansara Heights Kuala Lumpur.

Noryn merupakan isteri kepada arkitek terkenal dan juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah sejak 2010.

Noryn terkenal dengan album-album beliau sebelum ini iaitu Fantasi O Reality, Alam Maya dan I’m Alright.

--Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment