Monday, 11 August 2014

Imej budak pegang kepala dipenggal papar kekejaman IS

Australia berkemungkinan menyertai misi kemanusiaan membantu orang awam yang diancam puak pelampau Sunni di utara Iraq.

SYDNEY: Satu imej mengejutkan dipercayai anak seorang lelaki Australia memegang kepala yang dipenggal di Syria menunjukkan betapa kejamnya "tentera pengganas" IS, Perdana Menteri Tony Abbott berkata pada Isnin.

Abbott meluahkan komen tersebut semasa mengumumkan bahawa Australia berkemungkinan menyertai misi kemanusiaan membantu orang awam yang diancam puak pelampau Sunni di banjaran gunung di utara Iraq, kemungkinan pada minggu ini.

Gambar yang diambil di bandar Raqa di utara Syria, telah dipaparkan di akaun Twitter milik Khaled Sharrouf, lelaki Australia yang melarikan diri ke Syria tahun lepas dan kini merupakan pejuang IS, menurut akhbar The Australian.

Ia dilapor memaparkan anak lelaki Sharrouf yang berusia tujuh tahun memegang kepala seorang tentera Syria yang dipenggal.

Di bawahnya tertera "Bagus, anakku ".

Satu lagi gambar yang diterbitkan akhbar itu menunjukkan Sharrouf bersama tiga kanak-kanak lelaki yang dipercayai anak-anaknya memegang senjata di hadapan bendera IS.

Abbot bercakap kepada ABC dari Belanda berkata gambar itu jelas menunjukkan kekejaman kumpulan pengganas itu.

Australia telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Sharrouf.

Dianggarkan sehingga 150 warga Australia turut serta mengangkat senjata berperang bersama puak militan di luar negara, terutamanya di Iraq and Syria. - AFP 

No comments:

Post a Comment