SHAH ALAM – Umum mengetahui persengketaan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keengganannya untuk melepaskan jawatan tersebut.
Namun, hari ini sempena hari kelahiran Anwar yang ke-67, Abdul Khalid tetap menyampaikan ucapan dan mendoakan agar Anwar panjang umur.
“Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Semoga dikurniakan umur yang panjang untuk istiqamah dengan agenda reformasi dan perjuangan rakyat,” tulisnya di laman sosial Facebook, sebentar tadi. - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment