VOLKSWAGEN Passat yang dipertingkat dengan spesifikasi yang lebih baik, kini dibuka untuk tempahan di semua pengedar Volkswagen pada harga RM169,888.
Sedan itu yang dipertingkat dengan pemasangan sistem penggera antikecurian pelumpuh elektronik, menawarkan perlindungan maksimum daripada dicuri.
Passat menawarkan enam warna, Candy White, Light Brown, Reflex Silver, Deep Black, Black Oak Brown dan Icelandic Grey.
"Selepas pengenalan versi import sepenuhnya (CBU) pada 2011, Passat yang mula dipasang di Malaysia (CKD) di kilang DRB-HICOM, Pekan setahun kemudian.
"Sejak itu ia menjadi model paling popular dalam rangkaian produk Volkswagen di Malaysia, dengan jualan lebih 6,000 unit CBU dan CKD setakat ini," kata Volkswagen Group Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Pengarah Urusannya Christoph Aringer berkata Passat terus menjadi bukti komitmen syarikat dalam menawarkan kenderaan yang mendahului kelasnya pada harga kompetitif untuk rakyat Malaysia.
"Passat terus berpegang pada nilai-nilai Volkswagen seperti kualiti, inovasi dan mesra alam," kata Aringer. - Bernama
No comments:
Post a Comment