Sunday 13 April 2014

AIU ditutup, 600 pelajar bimbang

ALOR SETAR: Lebih 600 pelajar resah berikutan isu penutupan Universiti Antarabangsa Al-Bukhory (AIU), Alor Setar disebabkan masalah dalaman universiti berkenaan.

Kesemua pelajar itu kini buntu memikirkan nasib dan pengajian mereka selepas ini.

Pelajar yang ditemui berharap pihak universiti tidak akan lepas tangan dan membantu menempatkan mereka ke institusi pengajian lain bagi meneruskan pengajian mereka.

Bukan sahaja pelajar antarabangsa, anak tempatan juga bimbang nasib yang menimpa.

Sebelum ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah mengesahkan menerima 300 pelajar AIU disebabkan masalah yang menimpa institusi berkenaan.

AIU yang ditaja Yayasan Al Bukhory sebelum ini dikenali sebagai universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap penuntutnya yang rata-ratanya terdiri daripada golongan tidak berkemampuan dari seluruh dunia.

Selain tempat tinggal, makan dan minum serta kos pembelajaran, penuntut juga ditanggung pihak Yayasan Al-Bukhary yang ditubuhkan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary pada 1996.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment