Majlis yang dihadiri lebih 100 pemimpin muda peserta Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) itu berlangsung di Universiti Malaya lebih kurang pukul 4 petang nanti.
Dalam ucapannya, Obama dijangka akan menyemarakkan semangat generasi muda untuk mengatasi cabaran zaman dan seterusnya membentuk sebuah masa depan yang lebih sejahtera.
YSEALI yang dilancarkan oleh Obama pada 2013 disertai oleh anak-anak muda pintar dari 10 negara ASEAN yang diharapkan akan merintis perubahan lebih baik di negara masing-masing dan seterusnya untuk rantau ini. Ia adalah sebuah platform menyumbang idea dan melaksanakannya untuk perubahan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pembangunan, pendidikan dan alam sekitar.
Inisiatif dukungan Amerika Syarikat itu dianjur atas kesedaran bahawa kepada generasi mudalah masa depan Asia Tenggara akan berubah. Rantau ini dianggarkan mempunyai sekitar 65 peratus mereka yang berumur di bawah 35 tahun.
-- Astro Awani
No comments:
Post a Comment