Aidil Zafuan pastinya sudah bersedia menghadapi serangan dari penyerang tuan rumah.
TAMPIL dengan strategi berbeza, itulah jaminan pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee menjelang perlawanan persahabatan Kelas A menentang Filipina, di Cebu, esok.
Hanya membawa masuk dua muka baharu, Norfarhan Mohamad dan Ronny Harun selain menggugurkan Norshahrul Idlan Talaha serta Nazrin Nawi dalam senarai 23 pemain menjalani latihan pemilihan pastinya dinantikan peminat.
Mahu tidak mahu kemenangan harus dicari bagi menaikkan ranking Harimau Malaya selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Selayang, 1 Mac lalu.
SUDAH SEDIA
Bagi Kim Swee pemilihan pemain yang bakal beraksi esok berlandaskan prestasi semasa bersama pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M ) dan bukannya berdasarkan reputasi sebelum ini.
Menyedari Filipina bakal memberikan saingan sengit apatah lagi beraksi di laman sendiri, Kim Swee tetap berwaspada dengan sebarang kemungkinan dan percaya anak
didiknya mampu menggalas cabaran.
“Ada pihak masih menganggap Filipina pasukan lemah, tapi mereka sudah menunjukkan peningkatan, ini bukan pasukan Filipina 10 atau 20 tahun dulu. Sudah pasti saya akan menggunakan strategi berbeza apabila beraksi di sana nanti.
"Lihat sahaja aksi di Selayang tempoh hari, mereka menampilkan aksi menarik yang memberi tekanan pada kita namun untuk aksi esok kita sudah bersedia dengan strategi berlainan bagi memastikan keputusan positif dicapai," katanya.
PRESTASI SEMASA
Mengulas ketiadaan nama pemain sayap kiri Mohd Nazrin Nawi walaupun beraksi cemerlang bersama Harimau Malaya ketikaseri 0-0 dalam aksi persahabatan dengan
Filipina di Selayang dan menang 2-1 ke atas Yaman pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 awal bulan lalu, Kim Swee berkata beliau kurang berpuas hati dengan tahap
kecergasan pemain berusia 26 tahun itu.
“Selepas beraksi dengan Yaman, dia hanya beraksi dalam dua perlawanan jadi saya fikir saya tidak boleh memanggil pemain yang kurang cergas. Walaupun dia tidak bersama pasukan, saya masih mempunyai pemain lain yang boleh beraksi di posisi saya kiri seperti Baddrol Bakhtiar dan Alex Azamuddin Mohd Akil),” katanya.
Mampukah OKS memastikan Harimau Malaya pulang dengan kemenangan. Strategi berbeza jadi taruhan.
ENGGAN LEPAS
Namun bagi Norfarhan yang dipanggil menyertai latihan bersama skuad kebangsaan boleh dianggap peluang untuk pemain kelahiran Terengganu itu kembali menyinar di pentas antarabangsa.
Kali terakhir pemain Terengganu berusia 29 tahun itu menyarung jersi kebangsaan ketika di bawah kendalian Datuk K Rajagobal bagi perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris Chelsea di Stadium Shah Alam Julai tahun lalu.
Farhan yang beraksi secara konsisten bersama pasukan negeri kelahirannya itu walaupun hanya meledak tiga gol dalam kempen Liga Super musim ini sedar dia perlu
memberikan aksi terbaik bagi membuktikan kehadirannya bukan sekadar pelengkap pasukan selepas Kim Swee membuat keputusan tidak memanggil penyerang
Norshahrul Idlan Talaha.
“Saya tetap menghormati Mat Yo (Norshahrul), dia antara penyerang terbaik tempatan dan bagi saya ini saingan sihat antara pemain untuk merebut tempat dalam pasukan kebangsaan serta menghargai peluang diberikan jurulatih.
"Sememangnya bukan mudah mendapat tempat dalam pasukan ini dan jika terpilih dalam senarai akhir pemain ke Filipina ia pasti memberi semangat baru,” jelasnya.
Selain Farhan, Kim Swee turut memanggil penyerang Mohd Safee Sali, Ahmad Fakri Saarani, Bobby Gonzales dan Mohd Amri Yahyah bagi aksi persahabatan antarabangsa dengan Filipina di Cebu, Ahad ini. -- Sinar Harian
No comments:
Post a Comment