Friday 21 March 2014

Pejabat pengeluar pasport Putrajaya ditutup

PUTRAJAYA - Pejabat Pengeluar Pasport Putrajaya di Bangunan Menara Ikhlas Presint 2 di sini, masih ditutup hingga ke suatu tarikh yang diberitahu kelak, berikutan masalah teknikal.

Jabatan Imigresen dalam kenyataan di sini hari ini berkata, masalah teknikal itu tidak dapat dielakkan dan orang ramai dinasihatkan berurusan di pejabat-pejabat pengeluar pasport berhampiran.

Semua urusan berkaitan dengan permohonan pasport masih boleh dilakukan di pejabat pengeluar pasport berhampiran seperti Kajang, Shah Alam, Banting, Kuala Kubu Baru, Wangsa Maju, UTC Pudu Sentral, UTC Sentul, Jalan Duta dan Pelabuhan Klang, menurut kenyataan itu.

Jabatan Imigresen sebelum ini memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pejabat Pengeluar Pasport Presint 15, Putrajaya dihentikan operasi bermula 11 Mac dan akan beroperasi di pejabat baharu di Bangunan Menara Ikhlas bermula 24 Mac.

Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment