Friday 21 March 2014

'Baby Hatch' di Guangzhou ditutup

Baby Hatch'
'Baby Hatch' di Guangzhou ditutup

GUANGZHOU - CHINA - Pusat kemudahan "Baby Hatch" di sini terpaksa ditutup sementara waktu berikutan peningkatan angka bayi yang mendadak di pusat peninggalan bayi tersebut.

Pusat "Baby Hatch" ialah nurseri yang memberi khidmat untuk bayi yang ditinggalkan oleh ibu mereka, lapor CNN.

Bayi tersebut kebiasaannya terdiri daripada yang mengalami kurang upaya atau berpenyakit seperti cerebral palsy, sindrom down dan penyakit jantung kongenital.

Menurut sebuah agensi berita, Xinhua memberitahu, pusat kemudahan "Baby Hatch" di Guangzhou menerima 262 orang bayi sejak dibuka pada akhir Januari.

Kemudahan nurseri ini menerima purata kira-kira lima bayi sehari sejak ianya dibuka.

Pusat Kebajikan itu terpaksa menambah bilangan katil bayi kepada angka 1,100 katil namun masih tidak mencukupi berikutan bilangan bayi yang diperolehi semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Menurut Pengarah Pusat Kebajikan, Xu Jiu mengesahkan bahawa nurserinya telah menerima bilangan bayi yang banyak.

"Jumlah bilangan bayi yang diterima lebih tinggi berbanding tempat lain dalam tempoh yang sama, oleh itu kami terpaksa menutup pusat kemudahan ini," katanya.

Pusat kemudahan pertama dibuka pada tahun 2011 dan jumlahnya semakin bertambah dan meningkat kepada 25 cawangan di seluruh negara.

Setiap satu pusat kemudahan mempunyai lebih dari satu bilik khas dilengkapi dengan buaian, inkubator dan penggera untuk membolehkan ibu-ibu yang tidak mahu dikenali meninggalkan bayi mereka di pusat terbabit.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment