Wednesday, 12 March 2014

Boeing 777-200 boleh terbang bawah radar




SEPANG - Pesawat Boeing 777-200 boleh terbang di bawah radar selagi ada bahan bakar, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media berhubung kebolehan pesawat Boeing 777-200 terbang di bawah radar.

"Boleh (terbang bawah radar) selagi ada bahan bakar," katanya.

Sementara itu, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Rodzali Daud menjelaskan tentang kekeliruan maklumat berhubung kenyataannya sebelum ini yang menyebut MH370 dipercayai berpatah balik.

"Plot terakhir dikesan pada 2.15 pagi di Pulau Pinang. Ia adalah plot yang tidak dikenali. Ia terbang 29,500 kaki (hampir 9 kilometer) dari aras paras laut.

"Saya tak kata ini (plot tak dikenali pada radar) adalah MH370. Dari awal kami kata 'ada kemungkinan'. Kami masih siasat," katanya.

Sehubungan itu, pihak berkuasa meminta sedikit lagi masa untuk menyiadat perkara tersebut.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment