Sunday 23 February 2014

Penjenayah yang mati ditembak punya 8 rekod jenayah

KUALA TERENGGANU - Penjenayah yang ditembak mati oleh polis di Kerteh petang semalam mempunyai lapan rekod jenayah berkaitan kes curi dan samun di sekitar Dungun dan Kemaman. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner K.Manoharan berkata hasil siasatan pihaknya mendapati suspek yang berusia 31 tahun ini turut terlibat dalam kes samun kedai serbaneka dan mencuri di dalam bangunan di kawasan Kerteh dan Kemaman baru-baru ini. 

"Suspek merupakan individu yang dikehendaki polis...suspek yang berasal dariKemasik ini juga dikehendaki dalam kes dadah," katanya ketika dihubungi Bernamahari ini. 

Semalam suspek maut ditembak selepas cuba menyerang polis dengan parang dalam kejadian di Km3 Jalan Lapangan Terbang Kerteh Kemaman. 

Serbuan kira-kira pukul 5.30 petang itu dilakukan sebaik anggota CawanganPencegahan Jenayah dari Balai Polis Kerteh menerima maklumat berhubung suspekterbabit dalam kes samun kedai serbaneka dan stesen minyak. 

Manohanan berkata ketika serbuan yang dilakukan di kawasan semak yangmerupakan port dadah terdapat empat lelaki yang duduk di dalam sebuah khemah.

Mereka melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis. 

Katanya ketika dikejar suspek yang bekerja sebagai buruh itu telah menyerang salah seorang anggota dengan sebilah parang sepanjang tiga kaki. 

"Anggota berkenaan telah melepaskan dua das tembakan sebagai amaran tetapisuspek masih bertindak agresif dan menyerang sehingga anggota berkenaan terjatuhsemasa mengundurkan diri. 


"Ketika anggota terjatuh suspek masih menghayunkan parang ke arahnya dananggota berkenaan terpaksa melepaskan satu das tembakan untuk mempertahankandiri," katanya. 

Suspek maut di tempat kejadian selepas terkena tembakan yang ketiga dilepaskan oleh anggota polis pada bahagian perut. 

Beliau berkata hasil pemeriksaan pada badan suspek pihak polis menemui sebilah pisau bersarung terselit pada pinggang suspek. - Bernama

No comments:

Post a Comment