Sunday 23 February 2014

Kenyataan Zuraida hina wanita, diri sendiri

Chew Mei Fun
Chew Mei Fun

KUALA LUMPUR - Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini membidas kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin yang menyifatkan beliau sebagai calon 'kambing hitam' BN dalam pilihan raya kecil itu. 

Mei Fun berkata Zuraida tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama ituyang bukan sahaja menghina kaum wanita tetapi diri sendiri kerana Zuraida jugadaripada kaum hawa.

Parti (MCA) berusaha yang terbaik untuk memilih calon yang sesuai dan bagi saya ini adalah satu pengiktirafan kepada wanita. 

"Zuraida memandang rendah kepada kaum wanita. Dia tidak sepatutnya denganmudah mengeluarkan kenyataan menghina kaum sendiri," katanya kepada pemberitaselepas majlis ulang tahun ke-65 dan mesyuarat agung luar biasa MCA di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Zuraida baru-baru ini yang berkata BN menghantar Mei Fun sebagai calon parti itu supaya beliau boleh dipersalahkan sekiranya BN kalah dalam PRK pada 23 Mac ini. 

Menurutnya, biarpun pelbagai tohmahan dilemparkan, beliau tetap bersemangat dan akan bekerja kuat untuk memenangi PRK itu.

Beliau sekali lagi memohon agar pengundi di Kajang memberi sokongan kepadanya bagi membolehkan BN mengukuhkan peranannya di Selangor. 

Chew dijangka dicabar Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas presiden KITA Datuk Seri Zaid Ibrahim. - Bernama

No comments:

Post a Comment