Sunday 23 February 2014

Mazlan Aliman sekali lagi dihalang masuk Sarawak

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Mazlan Aliman

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Mazlan Aliman mendakwa beliau dihalang memasuki Sarawak hari ini atas arahan Pejabat Ketua Menteri.

Menulis laman Facebooknya, Mazlan yang menjelaskan beliau ditahan pihak berkuasa Imigresen apabila tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 11.25 hari ini.



kenyataan mazlan aliman
acebook mazlan aliman yang mendakwa dihalang masuk sarawak


Beliau percaya larangan tersebut ada kaitan dengan perhimpunan mengenai hak-hak tanah di Sarawak yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS di Beting Maro esok.

Ini merupakan kali kedua Mazlan dilarang memasuki Sarawak. Sebelum ini beliau menerima nasib yang sama pada 6 Julai 2011 di Lapangan Terbang Miri.

- ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment